Panduan Pengguna
- Pendaftaran
- Pengesahan Emel
- Log Masuk
- Log Keluar
- Paparan Utama
- Maklumat Diri
- Paparan Maklumat Diri
- Gambar
- Carian Pasangan
- Kenalan
- Mesej Peribadi
- Pelawat
- Tukar Kata Laluan
- Lupa Kata Laluan
- Naik Taraf Keahlian
- Tetapan Privasi
- Nyahaktif Akaun
- Pendaftaran [Kembali ke atas]
1. Sila pergi ke muka surat pendaftaran.
2. Lengkapkan ruangan yang disediakan.
3. Baca 'syarat dan peraturan MyJodoh2U' dan tekan butang 'Daftar'.
4. Pengguna akan di log masuk ke dalam portal secara automatik.
5. Satu emel pengesahan akan dihantar ke alamat emel pengguna.
6. Pendaftaran selesai.
- Pengesahan Emel [Kembali ke atas]
- Bagi membolehkan anda menggunakan fungsi-fungsi tertentu di dalam portal, anda hendaklah mengesahkan alamat emel terlebih dahulu.
1. Sila semak emel anda dan ikut arahan yang telah diberikan di dalam emel tersebut.
2. Sekiranya anda tidak mendapat sebarang emel daripada MyJodoh2U, pergi ke muka surat 'Hantar Emel Pengesahan' dan ikut arahan yang diberikan.
3. Sila hubungi admin MyJodoh2U jika anda masih mengalami masalah untuk mengesahkan alamat emel.
- Log Masuk [Kembali ke atas]
- Fungsi Log Masuk membolehkan anda menggunakan fungsi-fungsi di dalam portal.
1. Tekan pada butang 'Log Masuk'.
2. Lengkapkan ruangan yang disediakan.
3. Kemudian klik pada butang 'Masuk'.
- Log Keluar [Kembali ke atas]
- Fungsi Log Keluar membolehkan anda menghapuskan sesi penggunaan.
1. Klik butang 'Log Keluar' untuk log keluar.
2. Sesi penggunaan anda akan dihapuskan.
- Paparan Utama [Kembali ke atas]
- Fungsi Paparan Utama menyenaraikan fungsi-fungsi yang ada beserta pautannya.
- Maklumat Diri [Kembali ke atas]
1. Maklumat diri terbahagi kepada maklumat asas, fizikal, tempat tinggal, keluarga, personaliti, agama, pekerjaan, pendidikan, perkahwinan, hobi & kegemaran dan maklumat berhubung.
2. Untuk mengisi maklumat tersebut, klik pada pautan di paparan utama atau pada menu di sebelah kiri.
3. Anda wajib mengisi beberapa maklumat wajib, jika tidak nama anda tidak akan disenaraikan di dalam hasil carian.
- Paparan Maklumat Diri [Kembali ke atas]
1. Paparan maklumat diri akan memaparkan seluruh maklumat diri anda.
2. Anda boleh melihat paparan maklumat Diri pengguna lain dengan menekan pada nama pengguna yang dipilih.
- Gambar [Kembali ke atas]
- Muat Naik Gambar
1. Pada paparan utama, tekan pada pautan 'gambar'.
2. Pilih gambar yang dikehendaki dengan menekan butang 'Browse'.
3. Kemudian tekan butang 'Simpan'.
4. Gambar yang anda muat naik itu akan berada pada senarai 'belum ditapis'.
5. Sila tunggu sehingga gambar anda ditapis oleh admin MyJodoh2U.
6. Apabila gambar anda telah diluluskan, gambar tersebut akan berada pada 'senarai gambar' dengan saiz yang lebih besar.
7. Tetapi sebaliknya, jika gambar anda ditolak, gambar tersebut akan berada pada 'senarai gambar yang ditolak' dan anda perlu memadam gambar tersebut, kemudian muat naik gambar yang baru.
- Padam Gambar
1. Halakan tetikus(mouse) anda ke atas gambar yang hendak dipadam. Anda akan dapati terdapat butang pangkah(x).
2. Klik pada butang tersebut.
3. Gambar yang dipilih akan dipadam.
- Set Sebagai Gambar Profil

1. Gambar yang telah disetkan sebagai gambar profil akan muncul disebelah nama anda.
2. Hanya gambar yang telah ditapis sahaja boleh disetkan sebagai gambar profil.
3. Untuk setkan gambar profil, halakan tetikus(mouse) ke atas gambar yang dipilih. Anda akan dapati terdapat butang betul(right √).
4. Klik pada butang tersebut.
5. Gambar yang dipilih akan disetkan sebagai gambar profil.
- Lihat Gambar Pengguna Lain
1. Sila masuk ke profil pengguna yang dipilih.
2. Tekan pada pautan 'Lihat gambar'.
3. Gambar pengguna yang dipilih akan dipaparkan
- Lihat Gambar yang Lebih Besar
1. Untuk melihat gambar pada saiz yang sebenar, klik pada gambar yang dipilih.
2. Gambar tersebut akan dipaparkan dengan pada saiz sebenar.
- Muat Naik Gambar
-
Carian Pasangan [Kembali ke atas]
1. Tekan pada menu 'Carian Pasangan'.
2. Lengkapkan pilihan carian anda.
3. Tekan butang 'Cari'.
4. Hasil carian akan dipaparkan.
-
Kenalan [Kembali ke atas]
- Permohonan Menjadi Kenalan
1. Sila masuk ke profil pengguna yang dipilih.
2. Tekan pada pautan 'Tambah sebagai kenalan'.
3. Kemudian tunggu permintaan anda diterima.
4. Jika anda telah diterima sebagai kenalannya, pautan akan bertukar menjadi 'Ini adalah kenalan anda'.
5. Anda juga akan mendapat notifikasi permohonan diterima.
- Terima Kenalan
1. Pada paparan utama, klik pada pautan 'Senarai Kenalan'.
2. Jika ada pengguna yang memohon untuk menjadi kenalan anda, mereka akan disenaraikan di bawah 'Permintaan sebagai kenalan'.
3. Klik pada pautan 'Terima' untuk menerima pengguna yang dipilih sebagai kenalan.
- Notifikasi Permohonan Kenalan
1. Pada paparan utama, lihat pada ikon 'Senarai Kenalan'.
2. Jika terdapat sebarang nombor, maka terdapat permohonan sebagai kenalan anda telah diterima atau pengguna lain memohon untuk menjadi kenalan anda.
3. Klik pada pautan 'Senarai Kenalan' untuk melihat senarai kenalan.
4. Jika terdapat pengguna yang memohon untuk menjadi kenalan anda, mereka akan disenaraikan di bawah senarai 'Permintaan sebagai kenalan'.
- Notifikasi Permohonan diterima
1. Pada paparan utama, lihat pada ikon 'Senarai Kenalan'.
2. Jika terdapat sebarang nombor pada ikon tersebut, maka terdapat permohonan sebagai kenalan anda telah diterima atau pengguna lain memohon untuk menjadi kenalan anda.
3. Klik pada pautan 'Senarai Kenalan' untuk melihat senarai kenalan.
4. Jika ada pengguna yang telah menerima anda sebagai kenalan, mereka akan disenaraikan di bawah 'Senarai kenalan'.
- Permohonan Menjadi Kenalan
-
Mesej Peribadi [Kembali ke atas]
- Hantar Mesej
1. Masuk ke profil pengguna yang dipilih.
2. Tekan pada pautan 'Hantar mesej peribadi'.
3. Lengkapkan ruangan yang disediakan.
4. Kemudian, tekan butang 'Hantar'.
- Notifikasi Mesej Baru
1. Lihat pada menu sebelah kiri iaitu pada menu 'Mesej Peribadi'.
2. Jika terdapat sebarang mesej peribadi yang dihantar oleh pengguna lain, bilangan mesej tersebut akan dipaparkan pada sebelah kanan menu tersebut.
- Lihat Mesej
1. Tekan pada menu 'Mesej Peribadi' yang terdapat pada senarai menu di sebelah kiri.
2. Anda akan dapati senarai mesej yang telah dihantar oleh pengguna lain.
3. Mesej yang belum dibaca akan berwarna biru terang.
4. Klik pada mesej yang ingin dibaca. Mesej tersebut akan dipaparkan.
- Padam Mesej
1. Tekan pada menu 'Mesej Peribadi' yang terdapat pada senarai menu di sebelah kiri.
2. Pada senarai tersebut, pada setiap mesej, anda akan dapati tanda pangkah(x) di bahagian hujung kanan.
3. Klik pada tanda tersebut untuk memadam mesej yang dipilih.
- Hantar Mesej
-
Pelawat [Kembali ke atas]
- Senarai Pelawat
1. Pada paparan utama, klik pada pautan 'Senarai Pelawat'.
2. Anda akan dapati senarai pengguna yang telah melihat atau melawat profil anda.
- Notifikasi Pelawat Baru
1. Pada paparan utama, lihat pada ikon 'Senarai Pelawat'.
2. Jika terdapat sebarang nombor pada ikon tersebut, maka terdapat pelawat baru yang melihat dan melawat profil anda.
- Senarai Pelawat
-
Tukar Kata Laluan [Kembali ke atas]
1. Tekan pada menu 'Akaun' yang terdapat pada senarai menu di sebelah kiri.
2. Klik pada pautan 'Tukar kata laluan'.
3. Lengkapkan ruangan yang disediakan.
4. Kemudian, tekan pada butang 'Tukar'.
- Lupa Kata Laluan [Kembali ke atas]
1. Di bawah borang(form) log masuk, anda akan dapati terdapat pautan 'Lupa Kata Laluan'.
2. Klik pada pautan tersebut.
3. Kemudian, lengkapkan ruangan yang disediakan dan tekan butang 'Hantar'.
4. Satu emel akan dihantar ke alamat emel anda dan ikut arahan yang ditunjukkan.
-
Naik Taraf Keahlian [Kembali ke atas]
- Sila rujuk di sini untuk menaik taraf keahlian anda.
1. Maklumat keahlian anda akan dipaparkan di atas panel utama di bahagian kiri.
2. Anda juga boleh melihat maklumat keahlian anda di dalam maklumat akaun.
- Tetapan Privasi [Kembali ke atas]
- Tetapan privasi membolehkan anda menetapkan siapa yang boleh melihat maklumat diri anda.
1. Sila tekan pada menu 'Tetapan Privasi' yang terdapat pada senarai menu di sebelah kiri.
2. Bagi setiap bahagian maklumat diri, pilih tetapan kebenaran untuk akses.
3. Pilih 'Semua Pengguna' jika anda ingin maklumat tersebut dilihat oleh semua pengguna.
4. Pilih 'Kenalan Sahaja' jika anda hanya ingin maklumat tersebut boleh dilihat oleh kenalan anda sahaja.
5. Kemudian, tekan pada butang 'Simpan'.
- Nyahaktif Akaun [Kembali ke atas]
1. Sila tekan pada menu 'Akuan' yang terdapat pada senarai menu di sebelah kiri.
2. Kemudian, tekan pada pautan 'Nyahaktif Akaun'.
3. Akaun anda akan dinyahaktif dan tidak akan disenaraikan dalam hasil carian.
4. Tekan bukan 'Aktifkan Akaun' untuk mengaktifkan akaun kembali.
















